Friday, May 22, 2020

Selamat Hari Raya PKP 2020


Selamat Hari Raya dari kami warga Taska Anakku Fitrah
Kami titipkan doa kepada anda semua agar kita semua dianugerahkan keselamatan, kesejahteraan, kebaikan, kecemerlangan, kejayaan, dimurahkan rezeki dan diampunkan segala dosa kita yang lalu.

Thursday, January 30, 2020

Pergerakan Motor Halus Kanak-Kanak

Bayi yang baru boleh meniarap juga boleh melakukan pergerakan motor halus mereka.
Diperingkat ini, mereka sedang mula berkembang pergerakan kemahiran motor halus.
Apakah kemahiran motor halus?
Motor halus (Motor Skills) ialah pergerakan otot dalam badan.
Ia terbahagi kepada dua (2):
- Motor Halus
- Motor Kasar
Kemahiran motor halus atau 'Fine Motor Skills' melibatkan aktiviti atau tindakan fizikal pergerakan otot yang kecil seperti koordinasi antara jari dan penglihatan. Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah.
Kemahiran motor kasar pula atau “Gross Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar iaitu melibatkan seluruh tubuh badan.
Kita boleh melatih anak-anak kita motor halus dan kasar ini bersesuaian dengan umur mereka.Banyak alat bantu yang boleh digunakan untuk melatih motor halus bagi kanak-kanak atau bayi.
Antara item yang boleh kita gunakan ialah Bola kecil ,zipper board, reben, batang aiskrim, butang baju, picagari, botol kecil, fur stick dan tanah liat.
Item-item ini boleh melatih pergerakan tangan, jari mereka dengan pelbagai bentuk dan arah.
Kami nasihatkan agar semua alat bantu ini mesti dibersihkan terlbih dahulu dan pegerakan mereka mestilah dipantau supaya sentiasa selamat dan tidak mencederakan.
Taska Anakku Fitrah
012-2744786
http://taskaanakkufitrah.blogspot.com
Untuk mendaftar ke Taska kami,
sila ke link : https://www.serialamincentre.ezsolution.my/